Sponsors
Kamis, 26 Desember 2013
Sorok bekalan gula Dua Ditahan
![](http://1.bp.blogspot.com/-uzu2H14TD_8/UmxQA4AU77I/AAAAAAAAKrc/UrClpoesuKE/s1600/sorok.jpg)
Putrajaya: Keuntungan segera dicari, namun hukuman berat menanti buat dua peniaga pasar raya mini di Presint 9, di sini, apabila tindakan mereka menyorok bekalan gula berjaya dihidu sepasukan penguat kuasa dalam Ops Bajet 2014, malam kelmarin.
Dalam serbuan sepasukan enam penguat kuasa dari Unit Kawalan Bekalan dan Harga, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula jam 7.30 hingga 12 tengah malam itu, dua premis perniagaan diserbu, di mana 235 kilogram (kg) gula berjaya dirampas membabitkan nilai rampasan kira-kira RM287.
Ketua Operasi Awang Ahed Awang Ahmad yang juga Penolong Pengarah Unit Kawalan Bekalan dan Harga KPDNKK berkata, serbuan ke atas dua premis itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang awam mendakwa premis berkenaan kehabisan bekalan sebaik pengumuman penarikan subsidi gula sebanyak 34 sen diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014, petang kelmarin.
Beliau berkata, peniaga berkenaan mendakwa bekalan habis sebelum pemeriksaan dilakukan mendapati mereka menyembunyikan bekalan di bahagian stor premis masing-masing.
“Serbuan pertama ke atas sebuah premis menemui 19 bungkus gula seberat 19 kg, manakala serbuan kedua menemui sejumlah 216 kg gula.
“Kami percaya tindakan dilakukan kedua-dua peniaga itu bertujuan mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan cepat berikutan penarikan subsidi gula diumumkan kerajaan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, penarikan subsidi itu menyebabkan harga gula naik serta merta daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 sen sekilogram berkuat kuasa semalam.
Awang Ahed berkata, pengumuman itu bukan saja mencetuskan pembelian panik dalam kalangan pengguna, malah peruncit cuba mengambil kesempatan dengan mengehadkan pembelian selain menyembunyikan bekalan bagi meraih keuntungan segera daripada harga baru barangan keperluan itu.
Menurutnya, sesetengah peruncit menyembunyikan bekalan dan enggan menjual kepada peruncit kerana mahu menikmati keuntungan 34 sen sekilogram di atas kenaikan serta merta berkenaan.
“Kami menahan dan menyoal siasat kedua-dua peniaga itu bagi mendapatkan keterangan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar