Sponsors

Sabtu, 21 Desember 2013

Keji Pendakwah di penjara 8 tahun kerana perkosa dan bunuh anaknya

9 Okt 2013
 
Riyadh - Seorang pendakwah di Arab Saudi diadili kerana memperkosa anak perempuannya yang masih berusia 5 tahun. Mahkamah Saudi menjatuhkan hukuman penjara 8 tahun  dan hukuman rotan sebanyak 800 kali terhadap pendakwah tersebut.

Kes ini menarik perhatian ramai secara luas dan menuai kecaman keras. Terlebih kerana Fayhan al-Ghamdi kerap menyampaikan dakwah pada jaringan televisyen muslim setempat meskipun dia bukan ulama resmi di Arab Saudi.

"(Ghamdi) Bersalah memperkosa dan membunuh anak perempuannya yang berusia 5 tahun, Lama," kata peguam ibu mangsa, Rasheed, seperti dilansir AFP, Selasa (8/10/2013).

Mahkamah juga memerintahkan agar Ghamdi membayar wang kompensasi atau yang biasa disebut blood money sebanyak 1 juta Riyals   kepada bekas isterinya yang merupakan ibu kandung mangsa. Blood money memang diatur di bawah hukum syariat Islam. Mulanya, ibu mangsa meminta wang gantirugi sebanyak 10 juta Riyals.

Isteri kedua Ghamdi juga ikut dihukum kerana terlibat dalam kes ini. Wanita yang tidak disebut namanya ini dipenjara  10 bulan penjara dan hukuman rotan sebanyak 150 kali.

Kes ini terjadi pada 25 Disember 2011 lalu, ketika Lama dilarikan ke rumah sakit dengan sejumlah luka di tubuhnya. Mulai dari tulang tengkorak yang retak, tulang rusuk dan lengan kiri yang patah, hingga luka calar dan luka bakar terbakar di sekujur tubuhnya.

Kanak-kanak kecil ini meninggal dunia beberapa bulan kemudian, ketika menjalani perawatan di rumah sakit
  detikNews

Tidak ada komentar:

Posting Komentar