Sponsors
Tampilkan postingan dengan label lari. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lari. Tampilkan semua postingan
Selasa, 11 Maret 2014
Budak 11 Tahun Ikot Kekasih Umur 17 Tahun Lari
Budak 11 Tahun, Ikot Kekasih Umur 17 Tahun Lari - HULU SELANGOR : Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.
Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang.
Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu.
Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu.
Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius. – Kosmo
Rabu, 12 Februari 2014
Apa Masalahnya Jika Saya Kahwin Lari – Shah Jaszle
Kahwin lari? Biar betul apa yang kami dengarkan ini wahai sang jejaka tampan Shah Jaszle?
Memetik laporan Rotikya.com menerusi Berita Harian, Shah Jaszle dikatakan akan terus berpegang dengan pendiriannya untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, Puteri Redzwan.
Walaupun pertunangan mereka itu putus pada 10 Jun lalu, rasa sayang dan cinta tidak pernah padam antara mereka meskipun perhubungan mereka itu tidak direstui keluarga.
Mereka berdua dikatakan telah sedaya upaya untuk meredakan situasi yang kian tegang antara kedua keluarga.
“Apa masalahnya jika saya kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi”
“Tapi jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana? Saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu diteruskan,” ujar Shahz Jaszle.
Dalam pada itu, Shah Jaszle turut menjelaskan bahawa Puteri sering menemaninya di set pengambaran selepas insiden khalwat lalu.
Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa keluarga Puteri secara terang-terangan menolah Shah Jaszle sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.
Bukan itu sahaja, keluarga Puteri turut menasihati Puteri dan akan bertindak untuk mengurungnya sebagai langkah terakhir jika dia terus berdegil.
Apa-apa pun, MyNewsHub ingin menasihati Shah Jaszle supaya berfikir dengan bijak dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.
Perkahwinan adalah satu perkara yang sangat serius.
Justeru, keberkatan dari kedua ibu bapa adalah sangat penting dalam menjamin keharmonian sesebuah rumahtangga itu.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: Rotikaya
Langganan:
Postingan (Atom)