Sponsors
Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 15 Maret 2014
Ngeh Ejen Sebar Khabar Angin – BNBBC Perak

IPOH – Kelab Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BNBBC) negeri Perak hari membidas pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang dilihat menjadikan dirinya sebagai ‘ejen penyebar khabar angin’ apabila membuat pelbagai kenyataan berhubung kononnya dua Adun BN akan melompat parti.
Pengerusi BNBBC Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata pemimpin pembangkang itu hanya ingin meraih publisiti murahan melalui media apabila tidak menyelidik kesahihan di samping melapikkan kenyataanya dengan ‘sekiranya benar’.
“Ko Ham sebenarnya masih fobia dengan peristiwa lompat parti pada 2009 yang menyebabkan berlaku peralihan kuasa di Perak,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau mengulas kenyataan Ngeh dalam sebuah akhbar yang mengatakan sekiranya khabar angin mengenai tindakan dua Adun BN itu benar, mereka bertindak atas dasar peribadi dan bukan menerima tawaran dari mana-mana pihak.
Ngeh turut dilaporkan berkata khabar angin itu muncul berkemungkinan disebabkan pendedahan mengenai isu tanah kepada kroni sebelum ini.
Mohd Khusairi berkata tindakan Ngeh itu secara tidak langsung mendedahkan punca sebenar dua Exco dan seorang Adun pembangkang tinggalkan parti masing-masing pada 2009 ketika mereka menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
“Ia kerana tidak berpuas hati atas tindakan pemimpin mereka yang ketika itu diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ngeh dan sepupunya Nga Kor Ming.
Beliau berkata tindakan Ngeh yang mengembar-gemburkan khabar angin itu adalah sebahagian daripada provokasi pembangkang yang bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. – BERNAMA
Rabu, 12 Februari 2014
Apa Masalahnya Jika Saya Kahwin Lari – Shah Jaszle
Kahwin lari? Biar betul apa yang kami dengarkan ini wahai sang jejaka tampan Shah Jaszle?
Memetik laporan Rotikya.com menerusi Berita Harian, Shah Jaszle dikatakan akan terus berpegang dengan pendiriannya untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, Puteri Redzwan.
Walaupun pertunangan mereka itu putus pada 10 Jun lalu, rasa sayang dan cinta tidak pernah padam antara mereka meskipun perhubungan mereka itu tidak direstui keluarga.
Mereka berdua dikatakan telah sedaya upaya untuk meredakan situasi yang kian tegang antara kedua keluarga.
“Apa masalahnya jika saya kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi”
“Tapi jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana? Saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu diteruskan,” ujar Shahz Jaszle.
Dalam pada itu, Shah Jaszle turut menjelaskan bahawa Puteri sering menemaninya di set pengambaran selepas insiden khalwat lalu.
Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa keluarga Puteri secara terang-terangan menolah Shah Jaszle sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.
Bukan itu sahaja, keluarga Puteri turut menasihati Puteri dan akan bertindak untuk mengurungnya sebagai langkah terakhir jika dia terus berdegil.
Apa-apa pun, MyNewsHub ingin menasihati Shah Jaszle supaya berfikir dengan bijak dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.
Perkahwinan adalah satu perkara yang sangat serius.
Justeru, keberkatan dari kedua ibu bapa adalah sangat penting dalam menjamin keharmonian sesebuah rumahtangga itu.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: Rotikaya
Langganan:
Postingan (Atom)