Sponsors

Tampilkan postingan dengan label 11. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 11. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014

Budak 11 Tahun Ikot Kekasih Umur 17 Tahun Lari


Budak 11 Tahun, Ikot Kekasih Umur 17 Tahun Lari
Budak 11 Tahun, Ikot Kekasih Umur 17 Tahun Lari - HULU SELANGOR : Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.
Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang.
Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu.
Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu.
Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius. – Kosmo
ReadMore...

Selasa, 18 Februari 2014

KK Dirompak 11 Kali Dalam Masa 10 Hari

kk

Susulan beberapa siri rompakan melibatkan Pasar Raya KK Super Marts, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Douglas K.K. Chai meningkatkan kawalan keselamatan di premis berkenaan.
Antaranya mengupah pasukan keselamatan untuk membuat rondaan di setiap cawangan KK selain meningkatkan anggota dalam pasukan bertindak mereka, dengan empat orang daripadanya dibekalkan senjata pistol.
Setiap premis turut dipasang lebih 16 kamera CCTV terutama yang merekodkan pintu masuk pasar raya.
KK yang merupakan rangkaian pasar raya 24 jam sebelum ini dilaporkan telah dirompak sebanyak 11 kali dalam masa 10 hari oleh 5 lelaki bersenjatakan parang.
Kumpulan perompak ini, dipercayai berusia lingkungan 20an tidak memakai topeng muka ketika melakukan rompakan di sekitar Lembah Klang. Mereka menggunakan kenderaan sama iaitu Proton Satria berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran palsu WLV 964.
Sumber: THE STAR ONLINE
ReadMore...