Sponsors

Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Maret 2014

SEGERA Suspek Utama Kes Pembunuhan Rompakan Ambank Berjaya Ditangkap!


KUALA LUMPUR – Kes tembak seorang pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya  pada 23 Oktober lalu  selesai berikutan tertangkapnya suspek utama kes tersebut pada jam 7.00 pagi tadi di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Dia dikehendaki dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.

Sepanjang penemburuan suspek, 11 individu warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun twitternya memaklumkan berita gembira tersebut.


Pengawal keselamatan  itu menembak mati Norazita selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.

Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000. Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal berkenaan.
ReadMore...

Jumat, 27 Desember 2013

Nizar menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia

Oleh JENNIFER GOMEZ
July 04, 2013

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, memerintahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi umum dan teladan sebanyak RM250,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) atas saman yang difailkan terhadap akhbar itu berhubung isu pendaftaran nombor plat kereta WWW1, pada tahun lalu.

Peguam Nizar, Fitri Asmuni memberitahu Malaysian Insider, Hakim Rosnani Saub dalam keputusannya mendapati Utusan Malaysia bersalah melakukan fitnah terhadap Nizar dan akhbar itu gagal dalam pembelaannya yang menyatakan bahawa tindakan mereka menyiarkan kenyataan Nizar menerusi akaun Twitternya itu adalah satu justifikasi, komen berpatutan, perlindungan bersyarat dan kewartawanan.
"Hakim dalam penghakimannya turut berkata bahawa Nizar dalam kenyataan itu tidak mempersoalkan dari mana Sultan memperoleh wang berkenaan, tetapi hanya berkata ia satu pembaziran wang," katanya.

Mahkamah juga, katanya, memerintahkan Utusan Malaysia membayar kos RM30,000.
Fitri berkata, Nizar yang kini berada di Australia sudah dimaklumkan mengenai keputusan mahkamah itu menerusi teks pesanan ringkas.

Nizar menyaman Utusan berikutan akhbar itu menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000. Nizar pada 28 Mei tahun lalu mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya berhubung nombor plat itu. Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei tahun lalu, TV3 mengeluarkan berita melalui Buletin Utama jam 8 malam, berhubung kenyataannya itu. Keesokannya pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.

Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, pada April lalu, Nizar kalah dalam tuntutan saman sama terhadap TV3 dan Fitri memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan notis tuntutan di mahkamah esok.
Pada Februari 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Utusan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung penyiaran artikel bertajuk `Kebiadapan Guan Eng yang disiarkan pada 20 Disember 2011.

Pada Januari lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam tuntutan saman terhadap Utusan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, VT Singham mendapati akhbar itu memfitnah Anwar dalam dua artikel. - 4 Julai, 2013.TMI
ReadMore...