Sponsors
Tampilkan postingan dengan label bukan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bukan. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 01 Maret 2014
Taufan Haiyan Mangsa hanya 2 500 bukan 10 000

Taufan Haiyan memusnahkan seluruh kampung di Pulau Samar, kelmarin.
TACLOBAN - FILIPINA. Presiden Filipina, Benigno Aquino III menyifatkan pegawai tempatan telah menyatakan angka kematian akibat Taufan Haiyan secara berlebihan.
Menurut Aquino, angka kematian lebih hampir kepada 2,000 atau 2,500 orang daripada jumlah 10,000 yang dianggarkan sebelum ini.
"Kami berharap dapat menghubungi sekitar 29 kawasan perbandaran yang masih belum ditetapkan jumlah mangsa, terutama sekali jumlah mereka yang hilang.
“Ttetapi sejauh ini 2,000 atau 2,500 adalah jumlah yang kami gunakan berhubung angka kematian," katanya.
Pada Ahad lalu, dua hari setelah Taufan Haiyan melanda Filipina, seorang pegawai polis daerah mengatakan bahawa sekitar 10,000 orang dianggarkan terkorban berdasarkan laporan daripada ketua kampung yang dikumpul oleh gabenor wilayah itu.
Pada hari yang sama, mayor bandar Tacloban, salah satu kawasan yang paling teruk terjejas, menganggarkan 10,000 orang terkorban di bandar itu sahaja.
Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) semalam mengemaskini angka kematian kepada 2,275 korban, 3,665 cedera dan 84 orang hilang.
Angka itu berdasarkan jumlah mayat yang telah dikira daripada kawasan yang terjejas dan ia semakin meningkat sejak hari pertama Haiyan melanda Filipina.
Minggu, 02 Februari 2014
Kelewatan Hantar Bantuan Ke Lokasi Banjir Bukan Disengajakan Dakwa KP Bomba

KUALA TERENGGANU – Kelewatan pasukan penyelamat menghantar bantuan ke beberapa lokasi dilanda banjir bukan disengajakan, sebaliknya disebabkan beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan, tegas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata antara halangan yang terpaksa ditempuhi ialah gangguan bekalan elektrik selain kesukaran komunikasi.
“Selain itu kita terpaksa tempuhi laluan menuju ke tempat penghantaran bantuan yang terpaksa ditutup ekoran ditenggelami air banjir.
“Terdapat juga kenderaan-kenderaan yang diletakkan di bahu jalan supaya tidak tenggelam menyebabkan kelewatan bantuan kita tiba di sana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Bomba Sukarela Zon Pantai Timur dan Selatan, di sini.

Konvensyen dua hari bermula semalam itu dihadiri hampir 300 peserta mewakili 28 pasukan bomba sukarela.
Menurutnya, berikutan kekangan itu, perjalanan yang sepatutnya singkat akhirnya mengambil masa sehingga dua atau tiga jam untuk sampai.
Dalam pada itu Wan Mohd Nor berkata pengurusan bencana di negara ini masih berada di tahap yang baik jika dibandingkan negara lain.
Katanya, ini berikutan jumlah mangsa yang terkorban akibat bencana alam itu sentiasa berada pada tahap minimum manakala mangsa berjaya diselamatkan pula masih terjaga makan minumnya.
“Kita difahamkan setakat ini, yang kita dapat pindahkan… berpuluh-puluh ribu mangsa banjir kita tiada masalah. Kita pasukan penyelamat ni… kita cuba sedaya upaya memberi bantuan jika diperlukan.
“Mungkin ada satu dua kesulitan sehingga menyebabkan kelewatan. Tapi, bagi saya ia bukan satu isu yang besar. Yang penting, dalam keadaan kecemasan begini, kita kenalah bertenang dan berlapang dada,” katanya. – BERNAMA
Rabu, 18 Desember 2013
Nama Sebenar Suspek Bukan Ardi… Tapi…

Nama sebenar suspek tembak pegawai Ambank bukanlah seperti yang tertera di Facebooknya iaitu Ardi Ode Putra Katela tetapi nama sebenarnya ialah Laode Ardina Laode Rasila.
Bermakna di laman sosial Facebook lagi suspek utama ini sudah mahu menyembunyikan identiti sebenarnya.
Nama sebenar suspek utama itu dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seperti dilaporkan Bernama.
Menurut Khalid, kini polis sedang memburu rakan suspek utama kes itu yang dikenali sebagai Joemar disyaki turut bersubahat merancang kejadian rompak berkenaan.
Sementara itu, Bernama turut melaporkan suspek berkenaan menjadikan bangunan dan rumah kosong sebagai tempat dia bersembunyi selama kira-kira 19 hari ketika dalam buruan polis.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berakata suspek menyorok di beberapa bangunan seumpama itu sekitar Lembah Klang dan Johor.
“Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.
“Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran,” kata Mohd Shukri menurut laporan Bernama.
Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi semalam.
Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.
Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.
Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.
Langganan:
Postingan (Atom)