Sponsors
Sabtu, 01 Maret 2014
Taufan Haiyan Mangsa hanya 2 500 bukan 10 000
Taufan Haiyan memusnahkan seluruh kampung di Pulau Samar, kelmarin.
TACLOBAN - FILIPINA. Presiden Filipina, Benigno Aquino III menyifatkan pegawai tempatan telah menyatakan angka kematian akibat Taufan Haiyan secara berlebihan.
Menurut Aquino, angka kematian lebih hampir kepada 2,000 atau 2,500 orang daripada jumlah 10,000 yang dianggarkan sebelum ini.
"Kami berharap dapat menghubungi sekitar 29 kawasan perbandaran yang masih belum ditetapkan jumlah mangsa, terutama sekali jumlah mereka yang hilang.
“Ttetapi sejauh ini 2,000 atau 2,500 adalah jumlah yang kami gunakan berhubung angka kematian," katanya.
Pada Ahad lalu, dua hari setelah Taufan Haiyan melanda Filipina, seorang pegawai polis daerah mengatakan bahawa sekitar 10,000 orang dianggarkan terkorban berdasarkan laporan daripada ketua kampung yang dikumpul oleh gabenor wilayah itu.
Pada hari yang sama, mayor bandar Tacloban, salah satu kawasan yang paling teruk terjejas, menganggarkan 10,000 orang terkorban di bandar itu sahaja.
Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) semalam mengemaskini angka kematian kepada 2,275 korban, 3,665 cedera dan 84 orang hilang.
Angka itu berdasarkan jumlah mayat yang telah dikira daripada kawasan yang terjejas dan ia semakin meningkat sejak hari pertama Haiyan melanda Filipina.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar