Sponsors

Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Maret 2014

Bonus raya Pemuda PAS Selangor ucap tahniah

Harakahdaily

  27 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri di atas kelulusan pemberian pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor  bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, kerajaan negeri juga turut meluluskan bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan tindakan kerajaan negeri Selangor mengutamakan kebajikan rakyat Selangor terutamanya bagi menghadapi hari lebaran adalah satu tindakan yang murni dan menunjukkan pengiktirafan kerajaan negeri di atas segala khidmat yang telah diberikan oleh seluruh kakitangan awam negeri Selangor,” kata Timbalan Ketuanya, Mohd Sany Hamzan (gambar).

Beliau berkata, pihaknya cukup yakin RM20 juta yang dibelanjakan untuk proses pemberian bonus itu adalah tinjauan daripada kecekapan dan kehebatan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mengurus tadbir ekonomi negeri dengan baik berbanding semasa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dahulu.

“Inilah yang dikatakan kerajaan yang berkebajikan dan prihatin rakyat, punyai sumber kewangan yang kukuh dan mampu untuk membantu rakyat berbeza dengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional di peringkat pusat yang suka membuat janji manis dan pengumuman yang nampak menarik tetapi penuh dengan kepalsuan dan akhirnya akan menambah koleksi hutang negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, ujarnya turut mengucapkan tahniah kepada seluruh kakitangan awam negeri yang telah memberikan khidmat yang cemerlang untuk mempastikan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri menjadi bertambah baik dan berkualiti.

“Semoga dengan pemberian bonus ini sedikit sebanyak akan menceriakan sambutan hari lebaran seluruh kakitangan awam negeri Selangor,” katanya lagi.
ReadMore...

Rabu, 26 Februari 2014

Calon PAS turut usung keranda jenazah

Harakahdaily 

Anis Nazri, 24 Apr 2013

(Zaidy [berkopiah puteh] turut mengusung keranda jenazah anak saudara Pak Yob)

SELAYANG: Pemimpin biasanya bersikap elit dan berada di kedudukan yang lain dari orang biasa tetapi bagi calon PAS di DUN Taman Templer, pemimpin sepatutnya sentiasa bersama rakyat.

Zaidy Abdul Talib antara calon PAS yang berusaha sebaik mungkin untuk bersama dengan rakyat di segenap segi.

Dari bermain bola futsal hinggalah berada di atas mimbar memberikan khutbah Jumaat, itulah kebolehan calon PAS ini.

Sekiranya berlaku sebarang kematian atau ada yang jatuh sakit, beliau akan turut menyantuninya seperti yang dilakukannya awal pagi tadi apabila anak saudara kepada seorang ahli PAS, Pak Yob meninggal dunia di Apartment Merak, Selayang yang pada awalnya mengadu sakit perut.

Bagaimanapun, ketika di bawa ke klinik, anak saudara Pak Yob itu diberikan ubat oleh doktor, tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan yang kemudiannya terus dinasihatkan untuk ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Zaidy adalah antara yang menguruskan jenazah anak saudara Pak Yob sehingga mengusungnya di dalam keranda.

Kempen
Faktor cuaca yang tidak menentu tidak mematahkan semangat calon ini meneruskan kempen dalam pru ke 13 ini.

(Zaidi berucap di atas belakang  kereta sambil berpayung)

Tanpa mengira lebatnya hujan membasahi bumi, dengan memakai rain coat, beliau tidak berhenti menyantuni para pengundi sepanjang kempen pilihan raya ini.

"Dalam keadaan cuaca tidak menentu, khususnya hujan di waktu petang, ia tidak membataskan pergerakan saya untuk terus turun padang menemui pengundi," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu, tiada waktu senggang yang membolehkan beliau duduk sahaja melainkan menemui para pengundi dengan jadual yang padat dari pagi hingga ke tengah malam.

Selepas Subuh, jadualnya bermula seawal jam 7 pagi apabila beliau akan bersarapan di tiga tempat hingga jam 9 pagi, sebelum berkempen dari rumah ke rumah dan terus ke tapak pasar-pasar malam pada sebelah petang.

Rutin harian Zaidy berterusan dengan ceramah-ceramah penerangan di tiga buah tempat setiap malam bagi memastikan amanah yang diberikan PAS kepada beliau sedaya-upaya digalas sebaiknya.
ReadMore...

Senin, 30 Desember 2013

Muslimat Pas diingat tidak bangkitkan isu remeh

Harakahdaily

Salmiyah Harun, 09 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf mengingatkan para perwakilan tidak membangkit isu-isu remeh temeh di muktamar sebaliknya memberi fokus kepada peranan muslimat dalam merealisasikan Negara Berkebajikan.

Ianya, jelas Zailah bersesuaian dengan tema Muslimat PAS ke-52 iaitu Muslimat / Wanita Prihatin Kebajikan Terlaksana.

"Kita tidak mahu di dalam perbahasan nanti ada perkara negatif di kalangan kita diperbesar-besarkan. Tidak mahu perkara kecil dan remeh-temeh dibincangkan di sana," katanya ketika dihubungi.

Sebaliknya, beliau berharap perwakilan dapat memberi ide dan cadangan yang bernas untuk memperkukuhkan gerak kerja parti yang sedia ada pada hari ini.

Malah katanya, perwakilan digalakkan mengutarakan saranan ke arah memantapkan jiwa ahli serta kepimpinan untuk memperkuatkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya.

"Kita sudah matang, kali ini adalah kali ke-57 kita bermuktamar dan tetapkan tujuan kita datang ke muktamar untuk bermuhasabah dan bagi pandangan bernas dan lebih baik bagi masa depan kita semua," katanya.

Menurut Zailah, ucapannya nanti akan memfokuskan kepada persiapan Muslimat untuk pilihan raya supaya mereka mempunyai momentum yang kuat menghadapi cabaran untuk memastikan berjaya kekalkan kekuatan di negeri yang dimenangi.

"Kita akan menjurus bagaimana hendak membina jentera yang lebih matang dan prihatin, yang selaras dengan hasrat untuk membina negara berkebajikan. Seterusnya meneruskan target ke Putrajaya," katanya.

Justeru katanya, untuk menjayakan Negara Berkebajikan Muslimat harus prihatin dengan keadaan sekeliling seperti menyantuni rakyat yang memerlukan mereka.

Muktamar Tahunan Muslimat Pusat akan berlangsung pada 14 dan 15 November di Kelantan Trade Centre yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
ReadMore...