Sponsors

Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 22 Februari 2014

Jarum Tertinggal Di Paha Anak


Jarum Tertinggal Di Paha Anak
Jarum Tertinggal Di Paha Anak - GEORGE TOWN : Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah klinik kesihatan di sini bertindak cuai sehingga meninggalkan jarum suntikan sepanjang tiga sentimeter di paha kiri anaknya yang mendapatkan rawatan di situ kelmarin.
Mohd. Zahrin Tumin, 30, berkata, isterinya, Norashilla Razak, 26, telah membawa anaknya, Muhammad Danish yang berusia lima bulan ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Jalan Perak di sini untuk mendapatkan suntikan pada pukul 12 tengah hari.
Bagaimanapun, katanya, dia yang berada di tempat kerja telah menerima panggilan telefon daripada isterinya pada pukul 12.30 tengah hari yang memberitahu anaknya menangis ketika dalam perjalanan pulang dari klinik kesihatan tersebut.
“Apabila diberitahu anak saya tidak berhenti menangis, saya menyangka ia adalah perkara biasa apabila dicucuk dan meminta isterinya menuam bekas suntikan berkenaan bagi meredakan kesakitan.
“Tetapi saya dikejutkan dengan satu lagi panggilan telefon tidak lama kemudian daripada isterinya yang memberitahu terdapat sebatang jarum terlekat di tempat suntikan di paha anak saya itu.
“Risau sesuatu yang buruk berlaku saya bergegas pulang walaupun dihalang oleh majikan,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Jelutong di sini semalam.
Menurutnya lagi, sebaik tiba di rumah dia terus mendapatkan anaknya itu dan melihat ada sebatang jarum di paha anaknya lalu mencabutnya untuk mengelakkan sebarang kecederaan lain.
“Tidak puas hati dengan keadaan itu, saya menelefon klinik kesihatan terbabit untuk mendapatkan penjelasan namun saya diberikan alasan yang tidak masuk akal seolah-olah mereka lepas tangan,” ujarnya dengan nada kecewa.
Berikutan itu, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Jelutong kelmarin mengenai kejadian terbabit dan kini menunggu jawapan dari pihak pusat kesihatan itu. – Kosmo
ReadMore...

Rabu, 18 Desember 2013

Ibu Kreatif Cukur Rambut Anak Kembar Supaya Tidak Keliru


Ibu Kreatif Cukur Rambut Anak Kembar Supaya Tidak Keliru
BEIJING : Seorang ibu kreatif bertindak mencukur kepala anak kembar empatnya dengan meninggalkan sebahagian rambut di tengah-tengah kepala berbentuk nombor bagi memudahkan kanak-kanak itu dicam guru di sekolah.
Pasangan kembar empat seiras di selatan China itu menghadiri sesi persekolahan pertama mereka di bandar Shenzhen, wilayah Guangdong dan nombor pada kepala adalah kemudahan kepada guru kelas masing-masing.
Menurut ibu mereka, Jiang Yunlong, Jiang Yunxiao, Jiang Yunhan dan Jiang Yunlin berumur enam tahun memiliki fizikal dan rupa paras serupa sehinggakan bapa mereka sendiri sukar membuat pengecaman. – Sinar Harian
ReadMore...

Selasa, 17 Desember 2013

Kanak kanak Dua Tahun Dermakan Organnya Untuk Tolong Anak Lain

posted by indah.com on 26 Jun 2012

Chefing Orang tua Xiwang (2) membuat keputusan penting ketika sedar anaknya tak boleh tertolong lagi kerana sakit. Mereka memutuskan untuk mendermakan organ sang anak bagi dua anak lain yang memerlukan.

Diberitakan AsiaOne, Minggu (24/6/2012), Xiwang adalah bayi berusia 2 tahun dari Mongolia. Bila diterjemahkan, nama Xiwang berarti harapan. Namun harapan hidup seolah terus menjauh darinya setelah doktor memvonisnya dengan penyakit kronik di otak.

Melihat kondisi ini,   orang tuanya pun memutuskan untuk mendermakan organ anaknya demi menolong anak-anak lain.

"Dibandingkan dengan membakar anak kami menjadi abu, kami memutuskan untuk mendermakan organ supaya boleh menolong anak-anak lain," ujar ibu Xiwang, Wang Xiaofei.
osseram
sumber
ReadMore...